6:44 PM Edit This 0 Comments »
Insha Allah..bakal dihidupkan kembali kenangan kami adik-beradik..

Catatan - akhir 2014

12:01 AM Edit This 0 Comments »
http://www.youtube.com/watch?v=XvQ4uNRNTm0&feature=related

PERKAHWINAN ABG MAN & KAK SHA

9:15 PM Edit This 0 Comments »
Minta maaf,abg man & kak sha dh dapat Isma Arshad,baru nak upload gambar kahwin,bukan lambat tp lembab je...hehe...gambar kenduri abg Sang ada dgn abg Ja & abg Ar...nanti Kak Alia dh beranak,baru upload...hehe














tarikh di gambar ni silap ye...





BERKONGSI

7:58 PM Edit This 0 Comments »
Assalamualaikum...
Lama sungguh tak update blog ni. Walaupun kita adik-beradik jauh di mata tapi dekat di hati. Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah kerna kita dilahirkan dari mak & ayah yang hebat. Abu Bakar Bin Ali & Melah Binti Rani. Pasti setiap individu ada kenangan masing-masing dengan mak dan ayah. Lebih-lebih lagi dengan ayah.hehe...Bila kita besar,baru kita faham,pukulan ayah & bebelan mak kerna sayang. sebab itulah,kita adik-beradik semua,insyaAllah kekal jadi anak-anak yang soleh & solehah. Semoga kita adik-beradik terus erat & saling sayang-menyayangi.

Semoga budaya berkongsi yang diterapkan sejak kecil terus diamalkan. Mungkin semua masih ingat kenangan kita masa kecik-kecik dulu. Walaupun makanan sikit dan biasa-biasa je tapi sebab berkongsi jadi sedap. (tapi mak masak memang sedap)...Budaya ini Abang teruskan (puji-puji skit..hehe) dengan "kutipan dana" setiap kali kenduri. Walaupun mungkin kita rasa duit dah cukup,tapi perkongsian perlu diteruskan, ada keberkatan di situ. Sikit atau banyak yang boleh kita sumbangkan tak kisah,asalkan ikhlas. Asalkan jangan ada antara kita ungkit-mengungkit (pesan ayah), kalau sumbangan kita banyak daripada orang lain.

Semoga kita semua diredhai Allah...ingat pesan ayah ; jagalah aqidah,ingat Allah...ingat pesan mak ; jangan lupa telefon mak...hehe

SELAMAT HARI IBU

5:55 PM Edit This 0 Comments »

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. segala kesusahan sewaktu hamil dan penderitaan serta kesakitan yang dialami disaat melahirkan anak adalah sesuatu yang sukar digambarkan, tatapi dengan tiba-tiba boleh bertukar dengan kegembiraan apabila mendengar tangisan pertama anaknya sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.


Maka apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu dihayati dan dikenang tatkala menyambut hari ibu ? sudah tentu tidak, kerana sikap seumpama ini tidak mengambarkan kasih sayang sepanjang hayat, ia hanya sebagai budaya sekali setahun. Walau bagaimanapun hari ibu yang disambut pada 10 MEI setiap tahun tidaklah bermakna ia harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk mengenang jasa dan pengorbanan ibu yang telah menyusu, mengasuh dan memelihara kita dengan penuh kasih sayang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahqaf ayat 15 :


Yang bermaksud : " dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya".


Justeru itu, hari ibu yang kita sambut sawajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan dinilai sejauhmana kita mensyukuri serta menghargai pengorbanan ibu kita dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu. Dengan demikian akan menambah dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang, melahirkan rasa hormat yang sedalam-dalamnya serta berterima kasih.

MAAF..KESILAPAN TEKNIKAL

7:15 PM Edit This 0 Comments »
Harap Maaf..ada kesilapan teknikal sikit yang menyebabkan tulisan kat bawah jadi lain.

6:59 PM Edit This 2 Comments »

Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
  2. Penghayatan agama yang berterusan.
  3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  5. Komunikasi yang cemerlang.
  6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  7. Suasana rumahtangga yang selesa.

Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang

  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
  3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.